Aug 26, 2020

Pusat Membeli-Belah Alamanda Putrajaya tarik minat pengunjung dengan pelancaran kepelbagaian aktiviti “Hari Merdeka”

PUTRAJAYA, 25 Ogos 2020 - Dalam usaha meraikan sambutan Hari Kemerdekaan, Pusat Membeli-Belah Alamanda Putrajaya (Alamanda) akan melancarkan kempen Hari Merdeka yang bakal berlangsung selama tiga minggu bermula dari 24 Ogos sehingga 16 September 2020 berikutan dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63 dan juga Hari Malaysia yang ke-57 pada 31 Ogos 2020 dan 16 September 2020.

Kempen Hari Merdeka di Alamanda menyajikan sesuatu untuk para pembeli, keluarga dan juga komuniti sekitar, bermula dengan pertandingan seni VIKids yang berakhir baru-baru ini. Dengan tema “Hari Kemerdekaan yang ke-63”, para pembeli dan pengunjung Alamanda akan diberi peluang untuk mengundi pemenang utama dari 20 finalis yang akan dikategorikan kepada dua kumpulan umur: Kategori 1 (7-9 Tahun) dan Kategori 2 (10-12 Tahun).

Hasil undian dari para pembeli akan di paparkan di monitor skrin bermula dari jam 10 pagi (bermula 24 Ogos sehingga 13 September 2020) yang akan disediakan di sekitar lokasi paparan karya para peserta selain dari siaran dalam talian laman web dan “Facebook” Alamanda. Pihak pengursan Alamanda akan menyaring undian pada 15 September 2020 dan pihak ibu bapa para finalis akan dihubungi untuk menerima hadiah yang akan disediakan iaitu:

Kedudukan pemenang untuk peraduan
mewarna
krayon
Hadiah untuk Kategori 1
(Umur 7- 9)
Hadiah untuk Kategori 2
(Umur 8 - 12)
Pemenang pertama (x1)RM500 Baucar MPH + Sijil
+ Pingat Emas
RM500 Baucar MPH + Sijil
+ Pingat Emas
Pemenang kedua (x1)RM300 Baucar MPH + Sijil
+ Pingat Perak
RM300 Baucar MPH + Sijil
+ Pingat Perak
Pemenang ketiga (x1)RM200 Baucar MPH + Sijil
+ Pingat Perak
RM200 Baucar MPH + Sijil
+ Pingat Perak
Saguhati17 Hadiah: RM50 Baucar MPH 17 Hadiah: RM50 Baucar MPH


Bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan semasa sambutan Hari Kemerdekaan ini, Pusat Membeli-Belah Alamanda akan mengumpul dana yang berjumlah RM10,000.00 untuk membeli makanan ringan yang akan disumbangkan kepada kakitangan dan barisan hadapan medik di salah sebuah hospital di Putrajaya. Dana tersebut akan dikumpul semasa tebusan cenderahati yang berupa baju tee Merdeka edisi terhad oleh para pembeli selain dan juga semasa proses undian peserta peraduan seni “VIKids”

Bagi mendapatkan baju tee eksklusif tersebut, pembeli hanya perlu menunjukkan bukti pembelian yang berjumlah sekurang-kurangnya RM500 terkumpul melalui 3 resit dari sebarang kedai-kedai terpilih Alamanda bermula dari 24 Ogos sehingga 16 September 2020. Tebusan hanya sah di lakukan pada hari pembelian sementara stok masih ada. Setiap pembeli yang menebus baju tee juga digalakkan untuk mengundi pemenang bagi peraduan seni “VIKids”, dan melalui setiap undian yang dibuat pihak Alamanda akan menyumbang RM10 ke dana sumbangan kakitangan dan barisan hadapan medik.

Bagi menyerikan lagi nilai sahsiah akan usaha murni ini, setiap pembeli yang telah mengundi akan diberi peluang untuk menandatangan kad ucapan terima kasih yang bersaiz A2 yang juga akan diberikan semasa sumbangan makanan ringan itu nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Surai KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Bagi membuka tirai sambutan Hari Kemerdekaan, pihak Alamanda akan memperhalusi sebanyak mungkin elemen kewaraganegaraan di dalam penganjuran aktiviti menarik selain dari kekal fokus akan tema Malaysia Prihatin di dalam usaha memperkasakan keselamatan dan kesejahteraan para pembeli”

Para pembeli yang menebus baju tee esklusif dan mengundi pada hari bekerja (Isnin – Khamis, tidak termasuk cuti am) berpeluang memenangi baucar MPH bernilai RM 200 melalui kempen “Weekday Lucky Bonus” (24 Ogos – 10 September 2020). 3 keping baucar yang mana bernilai RM200 setiap satu akan diberi kepada pemenang cabutan bertuah yang akan di adakan pada 11 September 2020 jam 3 petang. Para pemenang akan dimaklumkan untuk mengambil hadiah pada 16 September 2020.

Para pelanggan akan menyaksikan dekorasi meriah dan berwarna-warni yang bertemakan Hari Kemerdekaan sepanjang tempoh kempen. Papan latar belakang yang bersaiz besar akan disediakan bagi para pengunjung untuk mengambil gambar selain dari berbagai hasil karya seni bercorakkan semangat cinta akan negara adalah antara daya tarikan yang bakal menghiasi suasana patriotisma di Alamanda. Pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum khususnya, pihak Alamanda akan memainkan lagu-lagu kebangsaan bagi mengimarahkan lagi semangat perpaduan dan kemasyarakatan yang secara halusnya membantu memperingati nilai penting akan kepentingan sambutan Hari Kemerdekaan.

Sebagai tanda terima kasih juga, Pusat Membeli-Belah Alamanda akan memberi 1000 bungkus nasi lemak pada tanggal 31 Ogos 2020 (Hari Merdeka) dan 16 September 2020 (Hari Malaysia) kepada para pembeli yang menggayakan baju tee Merdeka eksklusif edisi terhad Alamanda.

Para pengunjung di ingatkan supaya tidak gusar akan keselamatan semasa berada di Pusat Membeli-Belah Alamanda. Pihak pengurusan amat mementingkan tahap kebersihan optima terutama sekali bagi proses sanitasi dan pembersihan di samping memastikan setiap SOP penjarakan sosial, saringan suhu badan dan pemakaian topeng muka diperketatkan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.alamanda.com.my dan www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

-Tamat-


Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda
Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.

Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, pusat boling, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sherina Khairi
Pengurus, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Suria KLCC Sdn Bhd
Tel: 03-2382 3434 / 012-204 1286
Emel: sherina.khairi@suriaklcc.com.my

Related Photos

Copyright ©2021 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use