Dec 28, 2017

PAMERAN JALAN MERDEKA DI CARCOSA & SERI NEGARA Di LANJUTKAN SELAMA TIGA BULAN SEHINGGA 31 MAC 2018

Asian Heritage Museum Sdn Bhd (AHM) dengan sukacitanya mengumumkan perlanjutan tiga bulan Pameran Jalan Merdeka di Carcosa & Seri Negara sehingga 31 Mac, 2018.

Sejak ia dibuka kepada orang ramai pada 1 September, Jalan Merdeka pada asalnya menjangkau hanya selama sebulan tetapi disebabkan permintaan ramai, ia telah dilanjutkan sehingga 31 Disember dan kini, diminta oleh ramai yang belum lagi melawat paparan retrospektif ini, kami hanya gembira memanjangkan pameran ini.

Jalan Merdeka, yang bertemakan "Mengembara Laluan Ke Arah Kemerdekaan", adalah mengenai sejarah menyeluruh perjuangan Merdeka rakyat Malaya, sebuah pameran yang bertujuan memupuk semangat patriotisme dan menarik rakyat Malaysia ke arah perpaduan negara.

Sebagai sebuah perusahaan sosial yang berwibawa, AHM menganjurkan ulang tahun ke-60 Merdeka untuk kali pertama dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan yang berkaitan seperti Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara, Filem Negara dan Finas, dan juga didalam perkongsian bersama New Straits Times Press.

Beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta dan dermawan turut menyumbangkan dana atau dalam bentuk perkhidmatan kepada projek bukan keuntungan dan kepentingan negara ini.

Jalan Merdeka, yang dilancarkan pada 31 Ogos 2017 oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, mengadakan naratif yang unggul yang tidak pernah disiarkan secara meluas, menonjolkan peranan dua bangunan warisan kebangsaan di jalan menuju Merdeka.

Carcosa dibina selepas penubuhan negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895 manakala Seri Negara pula dibina pada tahun 1913 sebagai rumah tetamu kerajaan untuk pelawat tersangat penting.

Lebih penting lagi, Seri Negara adalah tempat di mana Perlembagaan Tanah Melayu digubal dari 1955 hingga 1957 dan di mana Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan 1957 ditandatangani.

Tanggapan awam, dari NGO, media dan agensi kerajaan dan kementerian yang telah melawat Jalan Merdeka, sangat mengagumkan dan sangat positif.

Rakyat Malaysia dan pelawat asing digalakkan melawat Jalan Merdeka untuk menghargai bagaimana patriotisme dan akyat Malaya semua latar belakang etnik bersatu padu di bawah kepimpinan luar biasa Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman dalam membantu Malaya mencapai Kemerdekaan dari Britain pada bulan Ogos 1957.

Atas permintaan, kami boleh menyediakan seorang pemandu untuk lawatan kumpulan Jalan Merdeka, dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Masuk masih percuma.

Azmi Anshar
Sekutu Media
Asian Heritage Museum Sdn Bhd (AHM)
Mobile: 011-2610 2480
Email: mishar2@yahoo.com

Copyright © 2018 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use