Jun 4, 2013

Harian Metro Moutain Bike Grand Prix 2013 Cuti-Cuti 1malaysia Di Putrajaya

HARIAN METRO MOUTAIN BIKE GRAND PRIX 2013 CUTI-CUTI 1MALAYSIA DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA - Harian Metro bersama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) membuka tirai Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 Cuti-cuti 1Malaysia di Presint 15, Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Hadir sama Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah, Tourism Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya dan Abdul Ghafar Ismail, Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Harian Metro Mountain Bike GP Cuti-cuti 1Malaysia 2013. Hadir sama pengurusan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Harian Metro.

Harian Metro Mountain Bike GP Cuti-cuti 1Malaysia, yang berjaya menghimpunkan seramai xxxx peserta berbasikal merupakan penganjuran yang pertama menerapkan kepelbagaian ketegori untuk disesuaikan oleh peserta dan peminat ‘Mountain Bike’ untuk menyertai. Harian Metro Mountain Bike GP Cuti-cuti 1Malaysia dilihat sebagai langkah mempromosikan sukan ‘Mountain Bike’ dan gaya hidup sihat dikalangan warganegara. ‘Mountain Bike’ merupakan antara elemen sukan yang mempunyai peminat yang tersendiri dan disertai oleh pelbagai latar belakang dari golongan rendah, sederhana dan elit.

Mountain Bike GP Cuti-cuti 1Malaysia terbahagi kepada tiga acara; Pertama (Elite) terbuka kepada warganegara dan peserta Asia Tenggara; Kedua (Terbuka Metro/Jamboree) – terbuka kepada warganegara dan peserta Asia Tenggara; Ketiga (Demonstrasi/Pameran) – aktiviti sampingan bagi pemilik BMX, Fixie dan berbasikal untuk kanak-kanak.

Acara Elite terbahagi kepada tiga kategori; Pertama (Elite) – terbuka kepada peserta lelaki yang mempunyai lesen perlumbaan ‘Mountain Bike’; Kedua (Terbuka Wanita) – terbuka kepada peserta wanita yang mempunyai lesen perlumbaan ‘Mountain Bike’; Ketiga (Master) – terbuka kepada peserta lelaki dan wanita yang berumur 45 tahun dan ke atas yang mempunyai lesen perlumbaan.

Format pertandingan ialah ‘Cross Country Olympic (XCO)’ yang mencabar ketahanan pelumba untuk menamatkan pusingan sejauh tiga ke tujuh kilometer dalam masa yang ditetapkan. Perlumbaan mempamerkan gabungan laluan dalam trek dan luar trek. Juara membawa pulang wang tunai RM2,500, Piala Pusingan, Medal dan Jersi Juara untuk setiap kategori.

Acara Terbuka Metro (Jamboree) pula terbahagi kepada empat kategori; Junior – terbuka kepada peserta bawah 23 tahun; Terbuka Lelaki; Terbuka Wanita; dan Master – terbuka kepada peserta lelaki dan wanita yang berumur 45 tahun ke atas. Peserta perlu menamatkan laluan trek sejauh 40 kilometer dengan melalui gabungan laluan dalam trek dan luar trek. Juara membawa pulang wang tunai RM700, barangan Powerbar dan medal.

Harian Metro Mountain Bike GP 2013 Cuti-cuti 1Malaysia yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM220,000 turut di sokong oleh Perbadanan Putrajaya, Powerbar, Cyclomotion dan Majalah Cycling Malaysia. Siri berbasikal seterusnya bakal diadakan di empat lokasi iaitu Pulau Duyung Besar, Kuala Terengganu (23 – 24 Ogos), Legoland, Nusajaya (28 – 29 September), Kellie Castle, Batu Gajah (26 -27 Oktober), dan acara akhir akan diumumkan kemudian.

Copyright ©2021 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use