Nov 1, 2021

TAWARAN PAKEJ PERCUTIAN MENARIK KEMPEN JOM CUTI-CUTI MALAYSIA DI SHOPEE

PUTRAJAYA, 1 November 2021 – Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before sekali lagi diteruskan dengan penawaran pakej percutian menarik di seluruh negara yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia menerusi platform e-dagangShopee bermula 1 November hingga 31 Disember 2021.

Orang ramai yang ingin bercuti, boleh menuntut baucar diskaun RM100 dengan pembelian minimum RM150 untuk tawaran dan pakej pelancongan daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Malaysia Inbound Chinese Association (MICA), Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan India Malaysia (MITTA),Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA).

Tawaran ini merupakan tambahan kepada promosi sedia ada iaitu baucar rebat RM100 bagi hotel bertaraf 4 dan 5 bintang serta baucar rebat RM50 bagi hotel bertaraf 3 bintang dan ke bawah, hasil kerjasama dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH).

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab berkata, kempen di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1.0 ini bertujuan meningkatkan promosi pelancongan domestik di platform digital.

“Sehubungan itu, kita berharap tawaran percutian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri serta pelancongan domestik,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan (Pemasaran) di Shopee Malaysia Kenneth Soh berkata,"Dalam negara kian membenarkan semula aktiviti pelancongan tempatan dan antarabangsa, kami berbesar hati dengan penyambungan kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before. Melalui kolaborasi kami bersama Tourism Malaysia, persatuan pelancongan dan juga Persatuan Hotel Malaysia, kami berharap kempen ini akan membantu menggalakkan pembangunan semula industri pelancongan dan semua sektor berkait yang telah teruk terkesan oleh wabak pandemik, sambil membenarkan rakyat Malaysia menghayati percutian yang tidak dapat dilupakan,lagi selamat, bersama-sama orang tersayang.”

Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before juga diadakan bersempena festival beli-belah Shopee 11.11 Jualan Hebat yang sedang berlangsung sehingga 11 November ini.

Sebarang tempahan pakej atau tuntutan baucar diskaun Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before boleh dibuat melalui ShopeePay di https://shopee.com.my/m/jom-cuti-cuti-malaysia

TAMAT

Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa. Pada tahun 2019, Malaysia mencatatkan ketibaan seramai 26.1 juta pelancong asing yang menyumbang kepada pendapatan pelancongan sebanyak RM86.14 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Rahayu Ahmad
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Domestik & Acara
rahayu@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8437

Muadz Samat
Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
muadz@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8755

Copyright ©2021 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use