Work With Us

PEREKA LAMAN WEB (GRED B29) - PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

BAKAT DAN SENI

RM72.00 sehari

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

2019-04-26

IBU PEJABAT, TOURISM MALAYSIA, PUTRAJAYA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan danberumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. JAWATAN : PEREKA LAMAN WEB (GRED B29)

TARAF JAWATAN: PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

KLASIFIKASI: BAKAT DAN SENI

SKIM PERKHIDMATAN: Pereka

KUMPULAN PERKHIDMATAN: Pelaksana

PENEMPATAN: Ibu Pejabat Tourism Malaysia

KADAR UPAH : RM 72.00 sehari (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh dan Dua Sahaja)

2. SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan;

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut

(iii) Diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab:

a) Bertanggungjawab ke atas reka bentuk dan struktur laman web termasuklah mencadangkan konsep yang sesuai mengikut trend semasa;

b) Memahami dengan mendalam dan mahir dengan kedua-dua aspek reka bentuk grafik dan pengaturcaraan computer berkaitan laman web;

c) Bertanggungjawab dalam membuat rekaan laman web consumer, korporat, eBrochure, jomla dan lain-lain lagi termasuklah dalam urusan layout dan juga kemaskini;

d) Bekerjasama dalam memastikan laman web sentiasa terkini dan mengutamakan keperluan pengguna;

e) Berkemahiran dalam tugas-tugas yang melibatkan audio dan video termasuklah penghasilan (pre-production), penyuntingan (editing) dan hasil akhir (post-production);

f) Melakukan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Timbalan Pengarah Kanan atau pegawai-pegawai atasan Tourism Malaysia.

5. ARAHAN DAN CARA MEMOHON

a) (i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati melalui link berikut:

http://www3.tourism.gov.my/corporate/borang.pdf

(ii) Sila print dan lengkapkan maklumat. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Unit Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia sebelum tarikh tutup permohonan.

(iii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

(iv) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut ;

Tourism Malaysia

Bahagian Sumber Manusia

Aras 9, No. 2, Menara 1

Jalan P5/6, Presint 5

62200 PUTRAJAYA

(U.P. Unit Pengurusan)

b) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

c) Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar passport terkini.Selain daripada gambar passport tidak dibenarkan.

d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 April 2019 (Jumaat) sebelum jam 5.30 petang.

6. CATATAN AM

a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

(i) Puan Adibah Mohd Basri - 03-8891 8962

(ii) Cik Siti Salwah Othman - 03-8891 8908

(iii) Puan Nor’Azila Roselan - 03-8891 8963


******SEKIAN, TERIMA KASIH ******


Copyright © 2018 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use