Padang Besar

Pekan di sempadan ini merupakan titik pertembungan warga Thailand dan Malaysia. Ramai rakyat Malaysia memasuki Thailand melalui tempat ini dan begitu juga warga Thailand ke Malaysia untuk tujuan membeli-belah, perniagaan atau lawatan rekreasi.

Platform panjang di stesen kereta api, dikendalikan bersama oleh Malaysia dan Thailand. Selain daripada pusat pemeriksaan Imigresen dan beberapa papan tanda, sukar untuk membezakan di manakah sebenarnya sempadan tersebut berada, kedua-dua belah kelihatan sama sahaja.

Menjangkau landasan kereta api ialah Pekan Siam, syurga bagi orang yang suka tawar-menawar. Pekan ini penuh dengan tekstil, pakaian, kraftangan, makanan, buah-buahan dan cenderahati.

Panduan Perjalanan

Kereta api
Cara paling mudah untuk ke Padang Besar ialah dengan menaiki keretapi Ekspres Langkawi KTM semalaman dari Stesen Sentral Kuala Lumpur. Keretapi ini berlepas setiap hari pada jam 8 malam menuju ke Padang Besar, satu perjalanan yang mengambil masa kira-kira 10 jam.


Laluan darat
Dari Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), keluar melalui Changlun dan pergi ke lebuh raya Changlun-Kuala Perlis menuju ke Kangar. Dari Kangar, teruskan perjalanan menuju Padang Besar.

Sila Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut

Telefon: +604-976 6722




Tourism Malaysia Perlis Office

Telefon: +604-978 1235/1213

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.