Papar Peta
Taman Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Ia meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.

Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.

Massif ini muncul ekoran daripada hakisan pasir dan batu lumpur setebal beberapa kaki. Semasa Zaman Ais, glasier yang menuruni puncak membentuk kawasan tersebut tetapi puncak berceranggah yang timbul dari permukaan ais tidak berubah. Gunung berceranggah ini menjadi mercu tanda Taman Negara pada hari ini.

Panduan Perjalanan

Menaiki Teksi atau Kereta
Perkhidmatan kereta sewa boleh didapati melalui hotel-hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Perkhidmatan teksi akan membawa andaa ke Ibupejabat Taman di Ranau dan boleh memuatkan maksimum 4 penumpang. Anda boleh berunding dengan pemandu teksi untuk mengambil anda semula dari Ibupejabat Taman jika anda menyewa sebuah teksi.


Menaiki Bas
Semua perkhidmatan bas ekspres dan bas mini di antara Kota Kinabalu dan Ranau atau Sandakan melalui jalan susur taman, 100 meter ke ibu pejabat Taman.

Sila Hubungi

Pejabat Taman Kinabalu

Telefon: +6088-211 881 / 212
Layari Laman Web




Pelancongan Malaysia Sabah

Telefon: +6088-248 698 / 211
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.