Papar Peta

Istana Kellie

Istana Kellie dibina sebagai rumah kedua bagi pengusaha ladang dari Scotland bernama William Kellie Smith pada abad ke-20. Tinggal jauh dari kampung halaman, Kellie berhasrat membina kediaman baru yang dapat mengembalikan kenangan di rumahnya yang jauh di Scotland. Mahligai ini terletak di bahagian atas bukit yang pada asalnya adalah sebuah estet getah.

William Kellie Smith adalah seorang lelaki yang menarik dan sangat terkenal di kalangan pekerjanya dari India Selatan. Seorang yang baik hati, beliau mendirikan sebuah kuil Hindu untuk pekerjanya di perkarangan kawasan mahligai tersebut. Sebagai tanda penghargaan, pekerja-pekerja beliau mendirikan sebuah patung Kellie lengkap dengan sut putih dan topi.

Pembinaan mahligai yang unik ini bermula pada tahun 1915. Walau bagaimana pun, ia terhenti secara mendadak dengan kematian mengejut Kellie pada tahun 1926. Mahligai terpencil ini, kelihatan seakan-akan alam nyata di dalam lautan ladang di Perak, ia memaparkan satu personaliti yang kuat dan mempunyai aura misteri.

Baru-baru ini, usaha-usaha telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menyelamatkan struktur yang indah ini dari tumbuhan yang semakin meliar. Di samping berhantu, mahligai ini dipercayai mempunyai bilik-bilik tersembunyi dan terowong-terowong rahsia di bawah tanah.

Jalan ke Istana Kellie dibina mengikut kontur tanah yang berliku-liku dan menggayatkan, sehingga seperti akan sesat, menambahkan lagi misteri dan suasana romantik kawasan itu.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Mahligai ini terletak dalam perjalanan ke pekan Batu Gajah di Estet Getah Kinta Kellas, kira-kira 30 minit perjalanan dan 14 km ke selatan Bandaraya Ipoh.

Sila Hubungi

Tourism Malaysia State Office

Telefon : +605-255 2772/9962
E-mel : mtpbperak@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.