Satu kaleidoskop budaya - Central Market, Chinatown dan Little India, Kuala Lumpur

Enklaf kebudayaan Kuala Lumpur adalah antara tempat pelancongan yang paling popular di bandar ini. Central Market, mercu tanda warisan yang terkenal dengan gaya Seni Deco tahun 1930an, adalah tempat yang hebat untuk mencari seni tempatan dan kraftangan. Hanya di hujung jalan, Chinatown adalah tempat yang sibuk dengan kebudayaan Cina dan tempat membeli-belah, berserta beberapa bangunan warisan, rumah kaum dan kuil-kuil. Sementara itu, Little India di Brickfields menawarkan kemeriahan gaya hidup masyarakat India, dari pakaian yang berwarna-warni ke makanan kari yang pedas.

Mesti dilakukan

  • Bukalah selera anda dengan pilihan jenis hidangan tempatan yang dijual di sepanjang Kasturi Walk, laluan pejalan kaki yang boleh didapati di luar Central Market

  • Melawat Chinatown semasa Perarakan Tanglung tahunan dan perayaan Tahun Baru Cina

  • Mengunjungi Little India semasa perayaan tahunan Deepavalli

Sila Hubungi

Telefon : +603-2031 0399 / 5399 / 7399
(Central Market)

Faks : +603-2032 2399

Layari Laman Web