Papar Peta

Menara berkembar tertinggi di dunia - Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Terletak megah dengan ketinggian 451.9m di atas paras jalan, ikon yang terkenal di dunia ini, kini adalah struktur berkembar tertinggi di dunia dan bangunan pencakar langit yang kelima tertinggi. Jambatan tergantung yang menghubungkan dua menara juga merupakan jambatan dua tingkat yang tertinggi di dunia, di samping menjadi platform lawatan yang menakjubkan. Bangunan 88-tingkat ini bercirikan kaca dan keluli di bahagian luar dan hiasan dalaman dengan ciri-ciri tradisional, sejurus mencerminkan aspirasi Malaysia yang maju ke hadapan di samping mengekalkan identiti kebangsaan.

Mesti dilakukan

  • Melawat jambatan tergantung di Tingkat 41 dan pelantar menonton di Tingkat 86 untuk pemandangan indah langit bandaraya.

Sila Hubungi

Telefon : +603-2331 8080

Faks : +603-2331 1723

Layari Laman Web