Kraftangan

Kepelbagaian Kraftangan yang Menarik


Bahan popular dengan seni tradisi termasuk labu sayung Perak, geluk, belanga, seramik bermotifkan naga cina dan pasu tanah liat bercirikan motif kesenian kaum dari Sarawak. Barangan kontemporari termasuk pasu bunga, bekas tanah liat bercorak, arca dan peralatan dapur.

Labu Sayong

Labu Sayung ialah bekas berwarna hitam berbentuk labu, yang diperbuat daripada tanah liat. Ia bekas air yang sekaligus bertindak menyejukkan air minuman. Negeri Perak terkenal dengan pasu jenis ini.

Belanga

Ditemui di kebanyakan rumah kampung di Malaysia, belanga biasanya bertapak bulat dan bersisi lebar. Ia biasanya digunakan untuk memasak kari, kerana dipercayai tapak bulat membolehkan haba disebarkan dengan lebih rata.

Terenang

Balang bersegi ini biasanya popular digunakan untuk menyimpan air di negeri Pahang dan Terengganu. Ia mempunyai leher cengkung dan badan cembung.

Seni Kayu

Dikurniakan dengan sumber kayu-kayan daripada hutan tropikanya, Malaysia dikenali kerana kraf tangannya yang menarik diperbuat daripada kayu. Mengikut tradisi dahulu, keseluruhan rumah dibina daripada kayu balak berukiran tangan yang teliti. Hari ini, panel antik ukiran gaya Melayu, hulu keris, bekas Cina, arca ukiran Orang Asli yang unik, tongkat yang halus buatannya, peralatan dapur dan kayu berukir wangi adalah antara barangan hiasan eksotik yang banyak terdapat di Malaysia.

Seni Besi

Terkenal sejak zaman dahulu, acu tembaga dan kerja gangsa tradisional masih lagi diamalkan untuk membuat pelbagai jenis alatan. Dengan penemuan bijih timah di Malaysia pada abad ke-19, pewter pula menjadi semakin popular. Produk kraf besi termasuk item hiasan moden, alatan dapur dan artifak tradisional seperti set tepak sirih, bekas air mawar dan bilah keris.

Seni Anyaman Tangan

Kagumi kraf anyaman tangan di Malaysia. Penggunaan bahan kayu serta tumbuhan tempatan daripada bambu, rotan, pandan dan daun mengkuang digulung, dipintal dan dianyam untuk membuat hasil kraftangan seperti beg, bakul, tikar, tudung saji, dan bola sepak raga.

Tekstil


Berwarna-warni dan menawan, tekstil tradisional Malaysia sering menjadi perhatian di seluruh dunia. Di antara tekstil -tekstil yang sering dicari adalah batik, songket, pua kumbu dan tekat. Tekstil ini dibuat pelbagai jenis hiasan, daripada busana 'haute couture' kepada kasut, langsir berwarna-warni dan kain alas katil yang halus buatannya.

Batik

Warna pada batik tahan lebih lama berbanding fabrik yang di cat atau dicetak kerana fabrik batik dicelup sepenuhnya ke dalam pewarna. Proses tersebut menggunakan teknik sekatan; menutupi keseluruhan ruang permukaan kain dengan lilin untuk menyekat warna daripada menyerap.

Songket

Pada masa lalu, fabrik tebal dan mewah ini melambangkan status sosial bangsawan Melayu. Fabrik ini dibuat dengan menggunakan benang emas yang kemudiannya dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang sutera mengikut corak yang telah ditetapkan.

Pua Kumbu

Diperbuat daripada benang-benang yang dicelup satu per satu menggunakan alat penenun tradisional, motif-motif pada fabrik ini diilhamkan daripada mimpi dan kepercayaan animis purba. Cora-coraknya merupakan gabungan alam realiti dan mistik. Setiap tenunan mempunyai gaya tersendiri si penenun.

Tekat

Seni menyulam benang emas kepada bahan dasar, biasanya baldu, digunakan untuk menghias regalia perkahwinan Melayu zaman dahulu.

Barang Kemas dan Aksesori


Aksesori buatan tanggan banyak terdapat di Malaysia. Pilih antara barang kraf kulit, kalung manik dari Borneo, barang kemas emas dan perak yang halus buatannya dihiasi dengan permata.

Kerongsang

Kerongsang tiga keping yang digunakan untuk menetapkan kolar baju kebaya pada zaman dahulu. Kerongsang biasanya disiapkan dalam tiga keping per set. Biasanya set tiga keping terdiri daripada kerongsang ibu (kepingan utama) yang lebih besar dan berat. Dua yang selebihnya dipanggil kerongsang anak (kepingan kecil) dan dipakai di bawah kerongsang ibu.

Cucuk Sanggul

Sanggul rambut tradisional digunakan untuk menetapkan rambut pada sanggul di belakang kepala wanita. Biasanya dibuat daripada emas atau perak, pin rambut ini biasanya dipakai dalam set berturutan tiga, lima atau tujuh oleh pengantin ataupun penari tradisional.

Pending

Kepala tali pinggang yang besar dan berhias teliti yang dipakai pada sampin, seperti kain sarong pendek dipakai lelaki, untuk dipadankan dengan baju melayu, pakaian tradisi lelaki. Secara tradisionalnya, pending adalah tanda kekayaan dan status lelaki.