Senibina

Senibina Tradisional


Melayu

Seni bina Melayu tradisional menggunakan proses seni bina yang rumit, yang disesuaikan untuk keadaan tropika seperti struktur rumah dibina dengan tiang di atas tanah, membolehkan tiupan pengudaraan silang di bawah ruang tamu untuk menyejukkan rumah sementara mengelak kesan banjir yang kerap berlaku. Bumbung berbucu tinggi dan tingkap besar bukan saja membolehkan pengudaraan silang tetapi diukir dengan rekaan organik yang halus.

Rumah tradisional di Negeri Sembilan dibina sepenuhnya daripada kayu jati dan tidak menggunakan paku langsung. Ia dibina menggunakan alur rasuk yang dipegang oleh sendal. Contoh tercantik seni bina jenis ini dapat dilihat di Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan, yang dibina pada 1905.

Sekarang, banyak bangunan bercirikan Melayu atau Islam menggabungkan elemen seni Moor seperti yang dapat dilihat di Muzium Seni Islam dan beberapa bangunan di Putrajaya - pusat pentadbiran baru, dan banyak masjid di seluruh negara.

Cina

Di Malaysia, seni bina Cina terdiri daripada dua jenis: tradisional dan Baba-Nyonya. Contoh seni bina tradisional termasuk yang terdapat pada kuil Cina di seluruh negara seperti kuil Cheng Hoon Teng yang dibina pada 1646.

Kebanyakan rumah lama terutamanya di Melaka dan Pulau Pinang adalah daripada warisan Baba-Nyonya, dibina dengan halaman dalam rumah serta dihiasi jubin cantik serta warna-warni.

Kombinasi seni bina yang jarang dilihat iaitu elemen Cina dan Barat ditunjukkan pada masjid Terengkera di Melaka. Rupanya seperti pagoda adalah contoh terbaik bentuk bumbung berpengaruh Cina, digabungkan dengan butiran Barat seperti pada birai dan susur.

India

Kebanyakan penganut Hindu Malaysia berasal dari India Selatan dan ini kelihatan pada senibina kuil Hindu tempatan yang menampilkan kesenian berwarna-warni dari kawasan itu.

Dibina pada penghujung abad ke-19, Kuil Sri Mahamariaman di Kuala Lumpur adalah antara kuil yang paling cantik, dipenuhi hiasan seni yang halus dan teliti di negara ini. Skema corak yang teliti dalam kuil ini menggabungkan ukiran teliti, tampalan emas, motif dicat tangan dan jubin mewah dari Itali dan Sepanyol.

Meskipun masyarkat Sikh, kaum minoriti yang kecil, mereka juga mempunyai kuil dengan rekaan lebih formal di kebanyakan kawasan di negara ini.

Bumiputera Sabah dan Sarawak

Dua seni bina terserlah unik bagi bumiputera Sabah dan Sarawak adalah rumah panjang dan kampung air.
Merupakan rumah kepada suku kaum di bahagian pendalaman sungai, rumah panjang adalah rumah bermasyarakat tradisional. Struktur panjang dan bertiang, biasanya dibuat dengan kayu balak dikapak, diikat dengan fiber pokok menjalar dan bumbung dianyam atau daun berteres yang boleh menempatkan 20 hingga 100 keluarga.

Kampung air yang dibina atas tiang biasanya ditemui di sepanjang tebing sungai dan pinggir laut. Rumah disambungkan dengan laluan papan serta perahu ditambatkan di tepinya. Perjalanan ke sekitar kampung biasanya menggunakan sampan atau kanu.

Gaya Zaman Kolonial


Gaya seni bina dari zaman kolonial yang berbeza dapat dilihat pada pelbagai bangunan dibina antara 1511 dan 1957.

Portugis

Contoh paling ketara seni bina Portugis di Malaysia ialah kubu A'Famosa di Melaka, yang telah dibina oleh Alfonso d'Albuquerque pada 1511. Hampir dimusnahkan orang Belanda, hanya sebahagian kecil kubu itu yang masih tinggal di bukit di hadapan bandar Melaka, pelabuhan lama dan Selat Melaka.

Belanda

Terletak di Bandar Melaka, Stadthuys dengan pintu kayu yang berat, dinding merah yang tebal dan engsel besi tempaan adalah peninggalan paling diingati oleh Belanda di Melaka. Ia adalah contoh terbaik skil pembinaan dan hasilan kayu Belanda. Dibina antara tahun 1641 dan 1660 ia dipercayai bangunan tertua di Timur.

British

Antara banguna paling penting dibina oleh pihak British adalah Bangunan Sultan Abdul Samad, yang berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dengan kecantikan seni bina Moor, ia dilengkapkan pada 1897, menjadi pejabat Sekretarian Koloni semasa pentadbiran British.

Rumah-rumah kedai pra-kemerdekaan masih lagi mempunyai kecantikan yang kekal sejak zaman awal lagi. Satu hasil peninggalan British adalah 'kaki lima', atau kawasan pejalan kaki bertutup, untuk memberi perlindungan kepada pejalan kaki dari kesan panas dan hujan.