Head Office

9th Floor,
No. 2, Tower 1,
Jalan P5/6, Precint 5,
62200  Putrajaya,  Malaysia

Telefon: +603-8891 8000
E-mel: enquiries@tourism.gov.my
Talian Info Pelancongan: 1 300 88 5050

Terma Penggunaan

Semua maklumat yang terkandung dalam ini adalah tepat pada masa penerbitan. Walaupun perhatian yang teliti telah dilakukan dalam penyediaan tapak web ini, Kementerian Pelancongan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ralat dan ketinggalan maklumat yang mungkin berlaku.

Sebarang rujukan yang dibuat oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di laman web ini kepada sebarang syarikat atau entiti lain, bukan sesuatu sokongan dan ia tidak boleh dianggap sebagai sebarang sokongan kepada kualiti dan kesesuaian penggunaan bagi syarikat atau entiti itu, atau perkhidmatan dan produknya.

Pautan dalam laman web ini akan membolehkan anda meninggalkan laman web Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Laman yang dipautkan bukan di bawah kawalan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana laman dipautkan atau mana-mana pautan yang terkandung di dalam laman dipautkan, atau sebarang perubahan atau kemas kini kepada laman ini. Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia hanya menyediakan pautan ini sebagai cara memudahkan pengguna, dan tidak boleh secara tersirat dianggap menyokong laman dipautkan ini.

Hak Cipta

Semua kandungan editorial, grafik, dan hasil multimedia di tapak ini dilindungi oleh undang-undang hakcipta dan undang-undang lain dan perjanjian antarabangsa, dan adalah milik Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan pembekalnya. Hasil, logo, grafik, bunyi atau imej tidak boleh disalin, dibuat semula, ditiru sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, kecuali dibenarkan dengan jelas oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia mengalukan permohonan untuk menggunakan kandungan atau bahan dalam tapak ini. Permohonan akan dibenarkan mengikut kes dan pihak yang berminat disarankan menghantar pertanyaan melalui e-mel kepada: webmaster@tourism.gov.my

Dasar Privasi

Apabila anda mendaftar kami akan meminta maklumat seperti nama, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod, nombor telefon, pekerjaan, industri dan minat peribadi. Kami mengumpul maklumat ini supaya kami dapat menyediakan anda dengan maklumat yang berkaitan.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia tidak menyewa, menjual, atau berkongsi maklumat peribadi mengenai anda dengan orang lain atau syarikat tidak berkaitan kecuali untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda minta.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia mungkin mengumpul maklumat mengenai aktiviti anda dalam laman web ini dan aktiviti dalam talian Kementerian Pelancongan Malaysia. Kami menggunakan maklumat ini untuk analisis dalaman bagi aktiviti dalam talian kami dan juga menyediakan anda maklumat yang diingini dengan lebih baik.

Kami menyediakan maklumat dengan rakan pemasaran kami yang bekerja bagi pihak Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di bawah perjanjian kerahsiaan. Syarikat ini mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu kami berkomunikasi dengan anda mengenai tawaran dan promosi kami. Namun, syarikat ini tidak mempunyai hak bebas dalam menggunakan atau berkongsi maklumat ini.

Perlindungan Data

Dasar Keselamatan

Teknologi termaju digunakan untuk mengawal sebarang data yang diberikan kepada kami dan standard keselamatan yang ketat dikekalkan untuk mengelak akses tidak diingini.

Keselamatan Penyimpanan

Untuk memastikan data peribadi anda selamat, semua penstoran dan pemindahan data peribadi elektronik adalah dikawal dan disimpan dengan teknologi keselamatan ayng sesuai.