Menikmati hidangan dengan dunia di bawah tapak kaki anda - Menara KL, Kuala Lumpur

Duduk di puncak Bukit Nanas pada ketinggian 421m, menara ini adalah salah satu tempat yang paling popular di bandar raya ini. Menara telekomunikasi ketujuh tertinggi di dunia ini juga mempunyai dek pemerhatian pada ketinggian 276m di atas paras tanah dan sebuah restoran berputar di mana anda boleh menikmati pemandangan 360 ° latar langit bandar raya ini sambil menikmati hidangan. Menara ini terletak dalam Hutan Simpan Bukit Nanas, salah satu hutan simpanan yang tertua di negara ini, menjadikannya hanya satu-satunya menara di dunia yang terletak di dalam hutan.

Mesti dilakukan

  • Nikmatilah pemandangan panorama indah bandar raya dari Dek Pemerhatian

  • Nikmati keenakan hidangan sambil menikmati pemandangan 360° bandar raya di Restoran Berpusing Atmosfera 360°

Sila Hubungi

Telefon : +603-2020 5444

Faks : +603-2098 7001

Layari Laman Web