Papar Peta

BBKLCC

Diiktiraf sebagai kota membeli-belah keempat terbaik di dunia di CNNGo, Kuala Lumpur merupakan syurga membeli-belah. Siasatan kes: Tiga daripada 10 pusat membeli belah terbesar di dunia adalah di Kuala Lumpur, manakala jualan sepanjang tahun menawarkan nilai yang terbaik untuk anda.

Terhampar sepanjang Bukit Bintang ke Kuala Lumpur City Centre, anda akan menikmati pelbagai pilihan samada untuk fesyen, makanan dan hiburan. Anda boleh membuat pilihan samada membeli jenama tempatan atau antarabangsa yang boleh didapati di seluruh sembilan pusat membeli belah terkenal di dalam kawasan ini. Kawasan membeli-belah ini juga dilengkapkan dengan laluan pejalan kaki yang berbumbung dan rangkaian pengangkutan awam yang cekap.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Pavilion terletak di tengah-tengah Jalan Bukit Bintang. Terdapat banyak pintu masuk ke tempat meletak kenderaan Pavilion di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan Jalan Raja Chulan.


Menaiki Bas
• Dari Titiwangsa, naik bas Rapid KL B103 ke Bukit Bintang melalui KLCC, atau B102 ke Bukit Bintang melalui Kampung Baru.
• Dari Mid Valley City, naik bas Rapid KL B110 ke Bukit Bintang melalui Bank Bangkok.


Monorel KL
Naik Monorel KL dan berhenti di stesen Bukit Bintang/Raja Chulan. Waktu operasi Monorel ialah dari 6 pagi sehingga tengah malam.


Transit Aliran Ringan (LRT)
Tiada kereta api terus ke kawasan Bukit Bintang, pertukaran ke Monorel KL boleh dibuat di stesen Hang Tuah dan Titiwangsa dari Laluan Kereta Api Ampang. Jika anda menggunakan Laluan Kereta Api Kelana Jaya, berhenti di Stesen KL Sentral. Stesen monorel KL Sentral adalah 140 meter dari bangunan utama KL Sentral.

Sila Hubungi

Pavilion KL

Alamat:
168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-2118 8833
E-mel: customerservice@pavilion-kl.com
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.