Taman Negeri Gunung Stong

Taman Negeri Gunung Stong (GSSP) ialah sebuah kawasan berhutan, keseluruhan keluasan ialah 21,950 hektar dengan beberapa puncak gunung yang terkenal. Kawasan ini sungguh indah dengan air terjun tertinggi di Malaysia, Air Terjun Jelawang setinggi tiga tingkat.

Lanskap yang berceranggah di GSSP ini menawarkan banyak pengembaraan yang mengujakan untuk sesiapa yang sukakan alam semula jadi dan aktiviti luar. GSSP bukan sahaja mempunyai nilai ekopelancongan tetapi ia juga menjadi kawasan pemuliharaan yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Haiwan seperti gajah Asia, seladang, kuang, harimau Malaya, kambing gurun dan tapir terkenal kerana mudah kelihatan merayau di taman ini. Dengan bantuan daripada pemandu trek yang layak serta berpengetahuan, penjelajahan anda di GSSP akan lebih bermakna kerana aspek menarik mengenai keplebagaian bio kawasan ini lebih terserlah.

Pelindung Batuan Bogo, yang terbentuk seperti gua, sebuah tempat berehat dalam perjalanan ke Gunung Stong, memakan masa empat jam ke sini berjalan kaki. Sementara itu, Gunung Ayam, puncak tertinggi di kawasan ini setinggi 1,504m, ialah tempat yang ideal untuk melihat matahari terbit dan terbenam.

Tapak perkhemahan tersedia untuk bermalam. Lawati gua batu kapur berusia 225 juta tahun yang menakjubkan di Dabong yang menghunikan beberapa spesis kelawar dan flora yang jarang ditemui, termasuk spesis pohon herba yang hampir pupus.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Dari Kuala Lumpur, ikut Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke utara dan keluar di persimpangan Kuala Kangsar. Dari persimpangan, pandu ke arah Gerik kemudian teruskan pemanduan sepanjang lebuh raya Timur-Barat menghala ke Jeli. Di pekan Jeli, ikut Laluan 66 menuju ke Dabong. Secara alternatif, ikut Lebuh Pesisir Pantai Timur dari Kuala Lumpur menghala ke Bentong. Dari sana, ikut Laluan 8 ke Gua Musang, kemudian ikut Laluan D29 untukke Dabong.


Kereta Api
Dari Stesen KL Sentral, kereta api ekspres menuju ke utara iaitu ke Kota Bharu akan membawa anda melalui beberapa kawasan penempatan kecil termasuk Dabong. Dari sana, anda perlu merentasi Sungei Galas dan tuju ke Jelawang yang hanya 3km sahaja.


Menaiki Bot
Naik bot di Kuala Krai menuju ke Dabong/Jelawang. Perjalanan menaiki bot akan mengambil masa selama satu jam.

Sila Hubungi

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

Telefon: +609-748 2140

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.