Hari
Tiba pada
  • Item Saya
  • Cadangan

    HARI

      Book your trip today
      Search For:
      Flight

      Show Additional Options
      Hotel

      Show Additional Options
      Flight + Hotel

      Show Additional Options

      • Dengan kewujudan hutan hujan tropika dari zaman prasejarah dan juga tempat tumpuan pelbagai budaya, Malaysia adalah sebuah negara yang mengagumkan untuk diterokai.

        Di sini 25 pilihan terbaik kami yang menarik untuk dilihat, dilakukan dan dialami di Malaysia.

        Menara berkembar tertinggi di dunia - Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

        Ia hanya mengambil masa selama 41 saat untuk sampai ke titik pertengahan Menara Berkembar Petronas. Tiket jambatan tergantung (Skybridge) sememangnya cepat habis, tetapi bukan setiap hari yang anda dapat merasakan keghairahan berada di kemuncak dunia.

        Lagi

        Membeli-belah sehingga anda puas - BBKLCC, Kuala Lumpur

        Terdapat laluan semulajadi - juga terdapat laluan membeli-belah. Sembilan pusat membeli belah terkenal terhampar sepanjang dari Bukit Bintang ke KLCC yang menyediakan latar belakang yang sempurna bagi idaman membeli-belah anda.

        Lagi

        Pemburuan gastronomi - Jalan Alor, Kuala Lumpur

        Sekiranya anda inginkan pengembaraan makanan, pergilah ke Jalan Alor untuk menikmati pengalaman makanan jalan yang asli. Nikmati sepinggan char kuey teow atau sayap ayam BBQ di pertengahan bunyi masakan kuali dan teriakan pesanan pelayan.

        Lagi

        Satu kaleidoskop budaya - Central Market, Chinatown dan Little India, Kuala Lumpur

        Jika anda ingin mencari cenderamata yang menarik, Central Market menawarkan anda pelbagai jenis seni dan kraf.


        Lagi

      • Hiburan yang tidak pernah berhenti - Genting Highlands

        Dilihat dari Kuala Lumpur sebagai cahaya yang terang di atas bukit yang jauh, Genting Highlands menggamit pengunjung dengan iklim yang sejuk, taman tema, kasino, dan persembahan secara langsung setiap malam.

        Lagi

        Laluan warisan dan penjaja makanan - George Town, Pulau Pinang

        Pulau Pinang, ibu kota makanan di Malaysia. Tetapi ia bukan sekadar makanan enak yang menarik para pengunjung. George Town juga merupakan petunjuk budaya yang tersendiri, dan diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

        Lagi

        Misteri, mitos, legenda - Langkawi, Kedah

        Terletak hanya di luar pantai Kedah, diselubungi mitos dan legenda lama, Langkawi juga dipenuhi dengan keindahan alam semula jadi.

        Lagi

        Skala ketinggian baru - Taman Kinabalu, Sabah

        Salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, Gunung Kinabalu, yang terdapat di Taman Kinabalu adalah puncak yang tertinggi di Malaysia. Para pengembara juga boleh mencabarkan diri dengan jalan gunung (via ferrata) yang tertinggi di dunia, terletak di atas 3800 meter.

        Lagi

        Menjunam ke alam semesta air - Pulau Sipadan, Sabah

        Jacques Cousteau mengisytiharkan Sipadan sebagai "sekeping seni yang tidak tercemar". Ini adalah tempat menyelam yang paling indah di dunia, dengan keindahan yang tidak terbanding.

        Lagi

        Paya bakau dan orang utan – Hutan Simpan Kabili-Sepilok, Sabah

        Ikuti jejak dari tanah tinggi hutan tropika ke tanah pamah paya bakau, dan carilah rahsia alam di sepanjang jalan. Hutan simpanan ini juga adalah rumah bagi Pusat Pemulihan Orang utan Sepilok yang terkenal di dunia.

        Lagi

        Sungai safari - Sungai Kinabatangan, Sabah

        Berapa banyak monyet belalai, enggang, gajah Asia dan hidupan liar lain yang anda boleh hitung dari titik A ke titik B? Perjalanan safari di sepanjang sungai yang terpanjang di Sabah boleh menjadi cara yang menarik untuk mengetahuinya.

        Lagi

      • Meminum teh petang sambil memakan skon - Cameron Highlands, Pahang

        Kedatangan orang British pada masa yang lepas telah memperkenalkan kegemaran mereka untuk meminum secawan teh pada waktu petang. Nikmatilah teh Cameronian yang panas disamping menikmati skon segar yang boleh didapati di stesen bukit yang dingin ini.

        Lagi

        Menjelajahi hutan hujan prasejarah - Taman Negara, Pahang

        Dianggarkan berusia 130 juta tahun, anda akan berasa yang anda memasuki salah satu hutan hujan tertua di dunia dan ekosistem paling kaya yang sememangnya menakjubkan.

        Lagi

        Ruang gua terbesar di dunia – Taman Negara Mulu, Sarawak

        Di anugerah alam semulajadi pelbagai jenis kekayaan dan deposit, Mulu diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia dipenuhi dengan koleksi mengagumkan seperti keajaiban alam semula jadi, termasuk ruang gua yang terbesar di dunia.

        Lagi

        Hikayat pelaut, daya tarikan dunia lama - Bandaraya Melaka, Melaka

        Di sebalik ketenteramannya, terletak sebuah kisah yang menarik yang mana Melaka pernah menjadi pelabuhan perdagangan yang paling penting di perairan ini. Kunjungi dan ketahuilah sejarah kolonial Bandaraya Warisan UNESCO ini.

        Lagi

        Kehidupan di tepi pantai yang sempurna - Pulau Tioman, Pahang

        Puncak gunung berapi berkembar yang menjulang, pasir keemasan yang lembut, air terjun yang menyegarkan. Alam Semulajadi memberikan unsur romantik yang sentiasa memukau pelawat di pulau ini.

        Lagi

        Pengalaman menjelajahi taman yang sukar dilupakan – Taman Negara Bako, Sarawak

        Hampir setiap spesies tumbuhan asli di Borneo boleh didapati di Bako, taman negara yang tertua di Sarawak. Ditambah kepada semua ini adalah panorama persisiran pantai berbatu yang dipenuhi dengan pembentukan semula jadi yang indah.

        Lagi

        Di mana keseronokan adalah yang terutama - Sunway Lagoon, Selangor

        Lima taman tema yang berbeza, lebih 80 permainan dan tarikan, satu destinasi yang menakjubkan. Dengan begitu banyak tarikan untuk dialami dan dilakukan, nasihat kami adalah untuk tiba di sini seawall yang mungkin.

        Lagi

      • Mainan untuk semua - LEGOLAND dan Hello Kitty Town, Johor

        Jika anda memerlukan alasan untuk bermain seperti seorang kanak-kanak, inilah masanya. Yang pertamanya di Asia, LEGOLAND menawarkan perlbagai jenis permainan yang menyeronokkan dan blok kepintaran yang tak terkira jumlahnya, manakala Hello Kitty Town pasti akan memikat kunjungan para peminat kucing Sanrio yang terkenal.

        Lagi

        Muzium hidup budaya - Kampung Budaya Sarawak, Sarawak

        Terletak di kaki Gunung Santubong yang penuh dengan mitos, muzium hidup yang memenangi anugerah ini ibarat menghidupkan semula adegan masa lalu dari kaum-kaum di Sarawak.

        Lagi

        Apabila fesyen dan nilai digabungkan – Outlet Premier Johor, Johor

        Terapi membeli-belah yang memuaskan semua, Outlet Premier Johor adalah sebuah pusat membeli belah outlet yang pertama dibuka di Malaysia. Anda bebas memilih lebih daripada 80 pereka dan kedai-kedai berjenama.

        Lagi

        Menikmati hidangan dengan dunia di bawah tapak kaki anda - Menara KL, Kuala Lumpur

        Sekali-sekala, ketinggian dan selera harus disatukan. Nikmati keenakan makanan sambil menikmati pemandangan 360° bandar, dari beberapa ratus meter di atas tanah.

        Lagi

        Saksikan perarakan jutaan manusia - Batu Caves, Selangor

        Setiap tahun, lebih daripada satu juta orang akan mengunjungi Batu Caves sewaktu Thaipusam. Para penganut akan membawa kavadis yang terpaut ke dalam kulit, pipi dan lidah mereka; di selubungi atmosfera yang penuh perasaan.

        Lagi

        Hidup mewah dalam air – Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Sabah

        Bayangkan perairan yang cetek, dipenuhi dengan batu karang berwarna-warni dan hidupan akuatik. Jika anda penyelam novis atau snokeler, kelompok lima pulau ini mungkin akan memberikan satu titik permulaan yang ideal.

        Lagi

        Menyelam ke dalam bangkai kapal - Pulau Redang, Terengganu

        Di bawah perairan jernih Pulau Redang, terdapat terumbu karang hidup yang sungguh memukaukan, makhluk laut yang menakjubkan dan 31 tapak menyelam yang mengasyikkan, termasuk dua bersejarah tapak bangkai kapal zaman Perang Dunia II dan taman terumbu karang hitam.

        Lagi