<
Pelawat ke Malaysia mesti mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah dengan tempoh sah minimum enam bulan melebihi tempoh lawatan.

Kebanyakan kewarganegaraan tidak memerlukan visa untuk lawatan sosial atau perniagaan. Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat diplomatik Malaysia yang terdekat atau pejabat Pelancongan Malaysia.

Lawati laman web Jabatan Imigresen Malaysia ataupun laman web Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Malaysia.